Pemain tengah negara, Brendan Gan difahamkan bakal memuktamadkan masa depannya bersama Selangor bagi musim 2020.

Foto sumber Google.
Sumber dalaman Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berkata, khidmat pemain yang sebelum ini beraksi dua musim bersama Perak mampu menguatkan barisan tengah The Red Giants pada musim hadapan.
Sebelum ini tersebar khabar angin bahawa Brendan berada di dalam radar Selangor dan Kedah kerana kemampuannya yang terbukti selaku pemain tengah malah mampu bertindak selaku penyerang apabila diarahkan oleh jurulatih.
Selangor kini dilihat sedang memburu pemain-pemain berkualiti bagi memperkuatkan lagi skuad tersebut selepas gagal meraih sebarang kejuaraan pada musim 2019.
Difahamkan pemain berusia 31 tahun itu ditawarkan gaji yang lumayan selain kontrak selama setahun untuk bersama Selangor.
Add Comment