Uncategorized

Selamat datang ke Liga Premier 2020 buat Kelantan United


Kelantan United menjuarai Liga M3 2019


Kelantan United FC mengesahkan kejuaraan Liga M3 sekali gus muncul pasukan pertama dinobatkan juara liga amatur, malam tadi.
Pada aksi terakhir yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), skuad kendalian Zahasmi Ismail sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 ke atas Armed Forces FC.
Pasukan yang dijenamakan semula daripada MPKB-BRI itu mengutip 66 mata hasil 21 kemenangan, tiga seri dan dua kali kalah selepas mengharungi 26 perlawanan sepanjang musim ini.
Kejayaan ini sekali gus menyaksikan Kelantan United FC layak secara automatik beraksi dalam saingan Liga Premier musim depan.
CakapSukan
pialainimilikkita
setkitojuara
LigaPremier2020

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d