Antarabangsa • Terkini

Azeem dan Sivasangari dilantik Duta Milo tahun ketiga

Azeem menyertai Sivasangari sebagai duta sukan MILO® Malaysia, membawa pengalaman dan pengajaran dari pentas sukan elit untuk dikongsi bersama generasi muda 

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan jaguh skuasy Sivasangari Subramaniam menyertai MILO® Malaysia sebagai duta sukan terbaharu  yang kini memasuki tahun ketiganya sebagai duta.  

Pelantikan ini hadir pada detik penting dalam kerjaya mereka. Azeem, pemegang rekod kebangsaan bagi acara 100 meter, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara bakat pecut terkemuka negara.

Sivasangari pula kembali dari Aichi-Nagoya selepas berjaya mempertahankan pingat emas acara perseorangan wanita, dengan satu lagi pencapaian bersejarah menantinya. Beliau kini bersedia melakar satu lagi pencapaian bersejarah sebagai pemain skuasy wanita Malaysia pertama yang layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028. 

Dalam masa yang sama, peranan bersama MILO® membawa mereka kembali ke titik permulaan.

Jauh sebelum mencipta rekod, berdiri di podium antarabangsa dan mewakili Malaysia, Azeem dan Sivasangari merupakan atlet muda yang baru mengenali sukan masing-masing, dengan MILO® sudah menjadi sebahagian daripada pengalaman awal mereka.

Kini, mereka berpeluang berkongsi pengajaran daripada perjalanan tersebut dengan generasi muda yang berada di tempat mereka suatu ketika dahulu. 

Ketua Pembangunan Sukan MILO® Malaysia, Lim Kerwin, berkata, generasi muda sering melihat rekod, pingat atau detik seorang atlet berdiri di podium, tetapi tidak semestinya mengetahui kerja keras, cabaran dan ketabahan di sebaliknya.

“Perjalanan Azeem dan Sivasangari mampu menyemarakkan semangat dalam diri generasi muda – seorang kanak-kanak yang melihat Azeem berlumba hari ini mungkin terdorong untuk mencuba olahraga, manakala seseorang yang menyaksikan Sivasangari beraksi di Los Angeles 2028 mungkin tergerak untuk memegang raket skuasy buat kali pertama. 

“Kami berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan sukan mereka sejak peringkat awal. Kini, mereka pula berpeluang berkongsi segala yang telah dipelajari dengan generasi seterusnya.

“Ini merupakan satu detik yang cukup bermakna, dan kami berharap dapat melihat lebih ramai anak muda Malaysia menemui potensi diri menerusi sukan”, tegasnya.

Bagi Azeem Fahmi pula, “MILO® telah menjadi sebahagian daripada perjalanan olahraga  sejak kecil, maka peluang untuk kembali sebagai duta sukan amat bermakna buat saya.

“Saya tahu bagaimana rasanya menjadi atlet muda yang sedang berusaha meningkatkan prestasi dan tertanya-tanya sejauh mana diri kita mampu pergi. 

 “Bukan setiap perlumbaan akan berakhir seperti yang diharapkan. Apa yang penting ialah bagaimana kita bangkit, apa yang kita pelajari dan kesediaan untuk terus berusaha.

“Teruskan berusaha, teruskan belajar dan beri diri anda peluang untuk melihat sejauh mana anda mampu pergi”, jelasnya.

S Sivasangari pula memaklumkan ketika mula bermain skuasy pada usia lapan tahun, dia tidak pernah menyangka sejauh mana sukan ini akan membawanya,

“Saya hanya seorang kanak-kanak yang sedang belajar, bertanding dan menikmati permainan ini. Antara kenangan awal saya sebagai atlet muda ialah kejohanan skuasy junior, di mana MILO® sudah menjadi sebahagian daripada pengalaman tersebut.

“Hari ini, saya berpeluang bertemu dengan atlet muda yang berada di tempat saya suatu ketika dahulu. 

“Sukan memberi saya lebih daripada sekadar keputusan pertandingan. Ia mengajar saya untuk menghadapi saat sukar, bangkit apabila sesuatu tidak berjalan seperti yang dirancang dan terus percaya pada diri sendiri.

“Kemenangan sememangnya istimewa, tetapi saya berharap lebih ramai anak muda memberikan diri mereka peluang untuk merasai segala yang boleh diperoleh menerusi sukan. Kita tidak pernah tahu sejauh mana langkah pertama itu mampu membawa kita”, katanya.

 

 





Add Comment

Click here to post a comment