
RCB terus memperkukuhkan komitmennya dalam pembangunan komuniti dan bakat sukan permotoran tempatan menerusi penganjuran RCB Track Day yang julung kali diadakan, menghimpunkan seramai 80 peserta berusia antara 9 hingga 40 tahun dari pelbagai latar belakang dan tahap pengalaman menunggang.
Program ini memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman menunggang di litar dalam suasana yang selamat dan terkawal, selain meningkatkan kemahiran menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang acara.
Selain sesi track day, peserta turut mengikuti sesi bimbingan asas tunggangan litar yang dikendalikan oleh bekas pelumba negara, Ibrahim Norrodin. Sesi tersebut memberi pendedahan kepada peserta yang pertama kali menunggang di litar mengenai teknik asas tunggangan, kawalan motosikal serta aspek keselamatan di litar.
Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pelumba profesional negara, Kasma Daniel dan Nazirul Izzat, yang berkongsi pengalaman serta perjalanan karier mereka dalam dunia perlumbaan menjelang penyertaan mereka dalam perlumbaan ARRC di Jepun hujung minggu hadapan.

Pengurus Besar Jenama RCB,, Marcus Leong berkata, penganjuran RCB Track Day merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk menyokong pembangunan komuniti motosikal dan memupuk budaya tunggangan yang lebih selamat serta profesional.
“RCB Track Day dianjurkan sebagai platform untuk komuniti penunggang motosikal bagi meningkatkan kemahiran mereka di litar dalam persekitaran yang selamat dan profesional.
“Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan membuktikan bahawa komuniti penunggang sentiasa dahagakan program yang memberi nilai tambah kepada mereka,” katanya.
Maklum balas peserta juga amat positif dengan kebanyakan mereka berharap program ini dapat diteruskan melalui penganjuran tiga hingga empat siri setiap tahun.
RCB akan menilai peluang untuk menjadikan Track Day sebagai program berkala bagi terus menyokong pembangunan komuniti permotoran tempatan dan melahirkan lebih ramai penunggang yang berkemahiran dan berdisplin.






Add Comment