
LANGKAWI bakal menjadi pentas nostalgia apabila legenda bola sepak Malaysia dan Singapura kembali berhimpun sempena penganjuran Langkawi Cup Nostalgia 1993 bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69.
Kejohanan anjuran Datuk Zuraidi Rahim ini menampilkan nama-nama besar seperti Olubunmi Adigun, Abbas Saad, V. Sundramoorthy, Fandi Ahmad, Alister Edwards, Faridzuan Che Hamid dan Tibor Žabán.
Menurut Datuk Zuraidi, kejohanan ini bukan sekadar perlawanan persahabatan, tetapi satu penghargaan kepada legenda yang pernah mencipta sejarah dan menyatukan peminat bola sepak serantau.
“Sempena Merdeka ke-69, kami mahu menghidupkan kembali kenangan indah bola sepak era 1990-an serta menyemarakkan semangat perpaduan melalui sukan,” katanya.
Selain aksi di padang, peminat turut berpeluang bertemu, bergambar dan mendapatkan autograf daripada pemain yang pernah menjadi idola mereka.
Langkawi Cup Nostalgia 1993 dijangka menggamit nostalgia peminat, sekali gus menyuntik nilai tambah kepada sektor pelancongan di Langkawi dan membuktikan bahawa bola sepak terus menjadi medium terbaik untuk menyatukan rakyat.










Add Comment