Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Keputusan MFL sah – AFC

Bagi pihak AFC, kami menerima keputusan yang dibuat oleh MFL kerana ia mengikut Peraturan Pertandingan Liga Malaysia

SETIAUSAHA Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Seri Windsor Paul John menjelaskan tiada sebarang isu berkenaan keputusan yang diambil oleh Malaysian Football League (MFL) berhubung status pendaftaran pemain warisan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC.

“Bagi pihak AFC, kami menerima keputusan yang dibuat oleh MFL kerana ia mengikut Peraturan Pertandingan Liga Malaysia. Keputusan itu dibuat dengan disokong Artikel-Artikel Pertandingan MFL maka keputusan MFL itu sepatutnya tiada masalah.

“Malah peraturan itu juga telah dimaklumkan kepada semua kelab yang bertanding dalam Liga Malaysia jadi semua pihak sudah sedia maklum mengenai peraturan itu,” katanya.

Datuk Seri Windsor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan MFL yang mengesahkan bahawa pendaftaran tiga pemain warisan daripada JDT iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel dan seorang pemain Kuching City FC, Gabriel Palmero sebagai pemain tempatan adalah mengikut Peraturan Pertandingan Liga Malaysia 2025-2026.


Add Comment

Click here to post a comment