
BEKAS pemain kebangsaan, Zainal Abidin Hassan, Datuk Dollah Salleh serta tokoh bola sepak berpengalaman Datuk Ramlan Askolani antara nama yang akan berada dalam kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan berlangsung 15 Februari depan.
Ketiga nama tersebut kini antara senarai calon yang akan merebut jawatan dalam badan induk bola sepak Malaysia Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bocor di media sosial.
Nama Datuk Zainal Abidin Hassan, Datuk Dollah Salleh dan Datuk Ramlan Askolani antara yang kelihatan dalam senarai kongres pemilihan barisan kepimpinan baharu badan induk itu yang akan berlangsung 15 Februari depan.
Nama Zainal sebagai calon untuk jawatan Exco manakala Dollah pula sebagai jawatan naib presiden.
Lebih mengejutkan Naib Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dikatakan sebagai calon utama bagi merebut jawatan Presiden FAM.
Turut tersenarai nama dua Timbalan Presiden iaitu Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram.










Add Comment