Bola Sepak

Piala FA 2022 ; Selangor FC, Penang FC dan KUFC kenduri gol


Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

JUARA Piala FA 2009, Selangor FC, Penang FC dan Kelantan United FC tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan mudah mengatasi lawan pada pusingan pertama Piala FA 2022 yang berlangsung sebentar tadi.

Selangor FC yang melayan kunjungan Harini FT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya ternyata sukar ditandingi pasukan Liga M3 itu apabila ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama.

Penyerang import dari Brazil, Herlison Caion memulakan malam gemilang Merah Kuning dengan meledak gol pada minit ke-17 sebelum rakan sepasukan, Hyuri Henrique menggandakan kelebihan pada minit ke 29 sebelum ketua pasukan, Safuwan Baharudin menambah jumlah jaringan untuk kedudukan 3-0.

Memasuki babak kedua, Selangor FC tidak menunggu lama untuk melebarkan penguasaan apabila memperolehi gol keempat hasil jaringan Syahir Bashah selang seminit babak kedua bermula.

Caion terus membuktikan bisanya selaku peledak apabila meledak gol kedua dan ketiga peribadi miliknya dalam perlawanan ini pada minit ke 63 dan 66 untuk kedudukan 6-0 dan keputusan itu kekal sehinggalah tamat perlawanan.

AKSI di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pula menyaksikan Penang FC diberikan tentangan sengit Bukit Tambun FC sebelum berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan, 4-0.

Harimau Kumbang berjaya mengegarkan gawang lawan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Rafael Vitor pada minit ke-17 sebelum Alif Romli menjaringkan gol kedua selang empat minit kemudian untuk kedudukan 2-0 sepanjang 45 minit babak pertama.

Tuan rumah terus mengegarkan gawang pada minit ke-64 menerusia Rafiuddin Roddin untuk kedudukan 3-0 sebelum Danial Ashraf menjaringkan gol keempat pada masa kecederoaan untuk kemenangan 4-0 mengatasi Bukit Tambun FC.

PADA aksi membabitkan pasukan Kelantan United FC menentang Kinabalu Jaguar FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, KUFC yang menjadi tuan rumah mudah menewaskan lawan 4-0.

KUFC berjaya memperolehi dua gol pada babak pertama menerusi jaringan Haziq Mohd Subri pada minit ke-34 sebelum Ashraff Alifuddin menggandakan kelebihan jaringan ketika perlawanan berbaki tiga minit separuh masa kedua untuk kedudukan 2-0.

Skuad bimbingan Syamsul Mohd Saad terus meledak dua gol pada babak kedua menerusi jaringan pemain import Amidu Salifu pada minit ke 51 Njoku Jacob (m- 57) untuk kemenangan mutlak KUFC, 4-0 mengatasi Kinabalu Jaguar FC.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment