Bola Sepak

Tiket Piala Sumbangsih mula dijual esok


TIKET  untuk perlawanan Piala Sumbangsih antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC pada 26 Februari 2022 akan mula dijual menerusi www.tickethotline.com.my dengan Pemegang Pas Bermusim 2022 akan mendapat Akses Keutamaan pada 24 Februari manakala jualan untuk umum bermula pada 25 Februari.
Pemegang Pas Bermusim 2022 TANPA ‘Cup Matches Add-on’ akan mendapat keutamaan untuk membeli SATU tiket dengan mengunakan nombor kad pengenalan (IC) yang telah digunakan untuk membeli pas bermusim.
“Akses Keutamaan untuk Pemegang Pas Bermusim 2022 ini akan bermula pada jam 2.00 petang, 24 Februari.
“Bagi Pemegang Pas Bermusim 2022 DENGAN ‘Cup Matches Add-on’ pula tidak perlu membeli tiket dan dibenarkan masuk dengan hanya menunjukkan kad keahlian masing-masing,” ujar JDT menerusi kenyataan yang disiarkan melalui laman rasmi Johor Southern Tigers.
Tambahnya lagi, jualan tiket dibuka kepada umum bermula pada jam 10.00 pagi, 25 Februari 2022 dan setiap penyokong hanya boleh membeli dua tiket.
“Berdasarkan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), hanya 50 peratus kapasiti yang dibenarkan masuk ke stadium dan hanya untuk mereka yang lengkap divaksin.
“Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun juga dibenarkan masuk jika lengkap vaksinasi. Segala jualan makanan dan minuman tidak dibenarkan oleh MKN.
“Para penyokong juga hendaklah sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan MKN pada setiap masa,” katanya.

Add Comment

Click here to post a comment