
Oleh : SUBKHI SUDARJI
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum menerima keputusan rasmi daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai keputusan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah Kelayakan Piala Asia 2023.
Difahamkan sehingga kini FAM masih belum menerima keputusan hitam putih (rasmi) diterima berhubung keputusan berkenaan.
Beberapa lokasi perlawanan bagi kejohanan ini telah dikenalpasti antaranya di Stadium National Bukit Jalil dan Stadium KLFA, Cheras.
AFC hari ini mengumumkan Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah Kelayakan Piala Asia 2023.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, FAM akan membuat kenyataan rasmi selepas menerima keputusan dari AFC.
“Buat masa ini FAM tidak boleh memberikan sebarang komen,” katanya ketika ditemui selepas sidang media memperkenalkan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon di Wisma FAM, sebentar tadi.
Enam gelanggang berpusat telah ditawarkan kepada 24 pasukan yang bertanding dalam saingan kelayakan itu. Selain Malaysia, 5 lagi negara yang terpilih ialah India, Kuwait, Kyrgyzstan, Mongolia dan Uzbekistan.





Add Comment