Bola Sepak

Hakim alami gegaran otak, kini jalani proses Rehabilitasi


Hakim dikeluarkan dengan pemakaian ‘cervical collar’ selepas bertembung dengan penjaga gawang NSFC, Ahmad Syihan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PEMAIN Selangor FC, Nor Hakim Hassan yang tidak sedarkan diri selepas bertembung dengan penjaga gawang Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan kini melalui proses Rehabilitasi protokol kecederaan gegaran otak (Concussion).

Menerusi kenyataan dikongsikan Selangor FC, Hakim telah mengsalami ‘concussion’ atau lebih dikenali sebagai gegaran otak semasa perlawanan persahabatan ?emalam.

“Beliau dikeluarkan dengan pemakaian ‘cervical collar’ sebagai tindakan berjaga-jaga untuk mengurangkan pergerakan.

“Pemeriksaan terus dilakukan dibilik persalinan, Hakim telah menunjukkan tindak balas positif dan sedar sepenuhnya serta menunjukkan tiada kecederaan dibahagian leher.

“Hakim kini melalui proses Rehabilitasi protokol kecederaan gegaran otak (Concussion),” ujar kenyataan tersebut,

Semalam, Nor Hakim Hassan tidak sedarkan diri pada minit ke 24 selepas bertembung dengan penjaga gol Negeri Sembilan FC Ahmad Syihan di dalam perlawanan persahabatan di Stadium Paroi malam ini.

 


Add Comment

Click here to post a comment