
Oleh : SUBKHI SUDARJI
PENYERANG kelahiran Brazil, Herlison Caion de Sousa Ferreira secara rasmi diumumkan sebagai pemain import terbaru ketiga Gergasi Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2022.
Berasal dari Caxias, Brazil, Caion mula menjinakkan diri dalam kancah bola sepak Asia sejak berusia 19 tahun lagi dengan bermain di Liga Korea bersama Gangwon FC dan kembali bermain pada di Korea Selatan tahun 2018 bermain di Daegu FC.
Beliau terus melebarkan sayapnya di saingan Liga Thailand selama empat musim dari 2019 hingga 2021 bersama Navy FC, PT Prachuap FC, Chonburi FC, Suphanburi FC dan Muangkan United dengan mencatatkan jumlah keseluruhan 85 penampilan, 34 gol dan 13 bantuan gol.
Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner berkata, pasukan gembira dapat menandatangani dan meyakinkan Caion untuk berpindah dari Thailand ke Malaysia dan kemampuannya terbukti dalam bola sepak Thailand sejak 4-5 tahun yang lalu,
“Dengan gaya bola sepaknya, beliau boleh menyesuaikan diri dengan bola sepak peralihan yang kami mahu mainkan.
“Kami memerlukan pemain yang boleh menjaringkan gol dan dengan pengalamannya menjaringkan banyak gol di Asia Tenggara, saya mempunyai perasaan yang baik dan keyakinan sepenuhnya kepadanya,” kata Michael dipetik menerusi laman rasmi Selangorfc.com, sebentar tadi.





Add Comment