Bola Sepak

Piala AFF 2020: Jurulatih Indonesia akui Malaysia mampu beri ‘masalah’


Pasukan Indonesia menang selesa ke atas Kemboja. Foto: PSSI

Oleh: AMMAR HAZIQ

JUARA bertahan Piala AFF Suzuki 2018, Vietnam dan pesaing utama dari negara jiran, Malaysia merupakan dua pasukan yang mampu memberikan masalah kepada Indonesia dalam saingan Kumpulan B AFF Suzuki 2020 di Singapura.

Pengurus pasukan Indonesia, Shin Tae Yong berkata, dia percaya dua pasukan lain yang turut berada dalam kumpulan tersebut iaitu Kemboja dan Laos juga turut mempamerkan peningkatan sejak akhir-akhir ini.

Namun skuad tersebut dilihat lulus pada penampilan pertama selepas menewaskan Kemboja 4-2 pada Khamis di Stadium Bishan.

“Kami berada di dalam kumpulan yang kuat yang menampilkan juara bertahan, Vietnam dan pesaing utama, Malaysia.

Shin Tae Yong

“Secara jujur saya tidak dapat menjanjikan membantu pasukan untuk memenangi kejohanan ini walaupun mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada penyokong Garuda.

“Namun apa yang boleh janjikan adalah beraksi pada tahap terbaik dan berharap keputusan yang diperolehi juga baik,” katanya seperti dipetik melalui portal Viet Nam News.

Tae Yong memberitahu, walaupun bakal menerima tentangan sengit pada penampilan pertamanya di Piala AFF Suzuki, dia mengharapkan kejayaan dapat diraih bersama pasukan Indonesia.

Jelas pengurus berusia 52 tahun itu, mereka akan tampil dengan pelbagai pilihan di jentera serangan di kejohanan tersebut selepas gagal menyerlah di Kelayakan Piala Dunia 2022 dan juga di liga Indonesia.

Garuda seterusnya akan bertemu pasukan Laos di Stadium Bisham pada petang Sabtu.

Saingan sebenar mereka adalah bertemu Vietnam pada 15 Disember ini di Stadium Bishan pada sebelah petang.

Manakala aksi terakhir kumpulan bertemu Malaysia pada 19 Disember di Stadium Nasional Singapura juga pada sebelah petang.


Add Comment

Click here to post a comment