Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Sikap pandang rendah lawan hampir bawa padah buat Indonesia


Barisan pemain Indonesia meraikan kemenangan 4-2 ke atas Kemboja pada aksi pertama mereka dalam kempen Piala AFF 2020.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA jurulatih Indonesia, Shin Tae Yong melihat  sikap memandang rendah keupayaan lawan selepas mendahului tiga gol hampir membawa pada buat pasukan pada aksi pertama menentang Kemboja dalam Kumpulan B, Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, malam tadi.

Tegasnya, masih banyak yang perlu dilakukan anak didiknya da?am kejohanan ini dan prestasi lebih cemerlang akan dipamerkan pada perlawanan seterusnya.

“Ia bukan perlawanan yang mudah tetapi mujurlah kami menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama jadi ia adalah sesuatu yang positif.

“Cuma saya lihat ada  pemain fikir yang berfikir mereka boleh menewaskan lawan dengan mudah  dan itu memberi kesan buruk kepada kami pada separuh masa kedua.

“Saya merasakan pemain mungkin tidak berada dalam keadaan fizikal 100 peratus  tetapi saya masih mempunyai kepercayaan yang kuat bahawa kami boleh bermain dengan lebih baik untuk bergerak ke hadapan.

“Keputusan menggembirakan tetapi masih mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan,” ujarnya.

Bekas pemain Selangor FC, Evan Dimas turut menjaringkan satu gol membantu kemenangan pasukan.

Pada perlawanan tersebut, Indonesia memperolehi jaringan menerusi Rachmat Irianto  pada minit ke-4 sebelum bekas pemain Selangor FC, Evan Dimas menggandakan kelebihan jaringan pada minit ke -17 untuk gol kedua.

Indonesia semakin selesa dihadapan apabila Irianto sekali lagi mencetakkan nama selaku penjaring gol ketiga pada minit ke 33 namun Kemboja berjaya merapatkan kedudukan hasil tandukan Yue Safy ketika perlawanan berbaki lapan minit untuk ditamatkan separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, giliran Ramai Rumakiek menjaringkan gol keempatnya buat pasukan selepas sembilan babak bersambung sebelum Park Mony Udom menjaringkan gol kedua Kemboja pada minit ke-60 dan keputusan 4-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selepas ini Indonesia bakal turun kali kedua menentang Laos manakala Vietnam pula berdepan Malaysia, hujung minggu ini.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment