
TOTTENHAM Hotspur tidak mengambil masa lama mengisi kekosongan pengurus selepas memecat Nuno Espirito Santo.
Nuno dipecat selepas tewas kepada Manchester United 0-3 aksi Liga Perdana Ahad lalu.
Dilaporkan Antonio Conte dilantik sebagai pengurus baharu dengan kontrak sehingga 2023 dengan pilihan untuk menyambungnya.
Bekas pengendali juara liga 2017 Chelsea, juara Serie A Inter Milan (2010,2020-2021) itu sudah bertemu dengan pemain-pemain.

“Saya sangat gembira kembali melatih pasukan, lebih-lebih lagi bersama kelab Liga Perdana yang mempunyai cita-cita.
“Tottenham Hotspur mempunyai nilai seni kemudahan dan salah satunya stadium terbaik dunia. Saya tidak sabar untuk bekerja menyampaikan kepada pasukan dan peminat mengenai semangat, mentaliti dan keazaman saya sebagai pemain dan jurulatih,” ujarnya.
Sebelum ini Conte dikaitkan dengan Manchester United selepas spekulasi prestasi hambar Ole Gunnar Solskjaer, namun dia disambar Spurs yang lebih awal percayakan sentuhannya.
Berdasarkan rekod Conte,52, ia bakal menjadi faktor kebangkitan kepercayaan kembali penyokong-penyokong Spurs yang sebelum ini sudah mula menunjukkan bosan dengan pengurus lama.
Difahamkan Conte yang mempunyai hubungan persahabatan baik dengan pengarah kelab Fabio Paratici telah bersetuju untuk mengikat kontrak secara gaji prorata sekitar 13 juta paun.
Spurs kini menduduki tangga ke-9 liga dengan mengumpul 15 mata selepas 10 perlawanan (lima menang, lima tewas).





Add Comment