EPL

Emery tolak tawaran Newcastle United


Emery mengakui dia lebih gembira berada di Villarreal.

NEWCASTLE United masih belum menemui pengganti Steve Bruce bagi mengisi tugas pengurus kelab.

Selepas Bruce dipecat bulan lalu, tugas menguruskan skuad utama dipikul Grame Jones buat sementara waktu.

Dilaporkan pemilik-pemilik tertinggi kelab terpaksa melupakan Unai Emery yang menjadi pilihan utama selepas jurulatih dari Sepanyol itu tidak berminat ke St James’ Park.

The Magpies yakin untuk melantik bekas pengurus Arsenal itu sebelum aksi bertemu Brighton Sabtu ini, namun jawapan yang mengecewakan daripada Emery.

Emery memutuskan untuk kekal bersama Villarreal.

“Walaupun banyak perkara yang didengari di negara lain, saya memilih di kelab ini kerana ketelusan dan kesetiaan untuk bersama keluarga Fernando Roig (Ketua Eksekutif) dan skuad saya yang merupakan perkara paling penting.

“Villarreal adalah rumah saya dan saya komited seratus peratus. Secara jujurnya, saya berterima kasih dengan minat dari kelab yang hebat itu, tetapi saya lebih gembira berada di sini,” ujar Emery.

Kegagalan mendapatkan Emery itu bermakna Amanda Staveley, suaminya Mehrdad Ghodoussi dan konsortium Arab Saudi terpaksa membuat percaturan baharu mencari pengganti Bruce selepas dua minggu dipecat.

Selain Emery, turut berada dalam senarai calon pengurus termasuk Roberto Martinez, Paulo Fonsecca dan Lucien Favre.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d