
Oleh : SUBKHI SUDARJI
TIADA istilah kalah buat Manchester United mahupun Liverpool apabila dua musuh tradisi ini bakal membuat perhitungan di Stadium Old Trafford jam 11.30 malam esok (Ahad).
Baik Man United mahupun Liverpoool aksi ini pastinya dinantikan penyokong kedua-dua pasukan malahan tidak terkecuali juga pemerhati lain yang mengharapkan kekalahan.
Menjadi tumpuan melebihi aksi Real Madrid menentang Barcelona dalam La Liga, pertembungan dua kelab yang memiliki nostalgia dan ragam dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ini dianggap tumpuan terhebat dalam sejarak EPL.
PELAWAT LEBIH MENYAKINKAN
Melihat aksi semasa dipamerkan kedua-dua pasukan, Liverpool tampil dengan prestasi sedikit berbeza berdasarkan pencapaian lebih baik berbanding Man United dalam saingan EPL dan juga Liga Juara-Juara.
Kekalahan mengejut 2-4 ditangan Leicester City 2-4 memberi tamparan hebat buat Ole Gunnar Solskjaer dan ini adalah kekalahan kedua selepas Aston Villa manakala skuad bimbingan Jurgen Klopp mudah membenam Watford 5-0 untuk kekal dengan rekod tanpa kalah selepas lapan perlawanan.
Kedudukan semasa dalam EPL memperlihatkan United ketika ini menduduki tangga keenam dengan himpunan 14 mata, ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Chelsea, manakala skuad Jurgen Klopp di tempat kedua dengan 18 mata.

RONALDO ATAU SALAH

Pertembungan malam esok juga bakal memperlihatkan peranan Cristiano Ronaldo yang kembali bersama Man United dan Mohamed Salah selaku penjaring utama Liverpool.
Kehadiran Ronaldo sememangnya memberikan impak dengan beberapa jaringan namun dia memerlukan sokongan dari rakan sepasukan untuk mencipta ruang dan peluang merobek gawang lawan.
Bagi Salah pula, gandingan bersama Sadio Mane dan Roberto Firmino serta Diego Jota terbukti dalam beberapa perlawanan sebelum ini yang seharusnya diberikan perhatian benteng tuan rumah.
90 minit yang mendebarkan buat penyokong kedua-dua pasukan, adakah Solskjaer akan terus kekal ataupun rekod tanpa kalah Liverpool lebur di tangan musuh tradisinya sendiri…






Add Comment