EPL

Varane milik Man United, Jones enggan lepaskan No.4


 

Varane diperkenalkan sebagai pemain Manchester United sebelum perlawanan pertama kelab berlangsung.

RAPHAEL Varane sah bergelar pemain Manchester United dengan nilai perpindahan 42 juta paun (RM247 juta).

Bekas pemain Real Madrid itu sempat diperkenalkan di Old Trafford sebelum aksi kemenangan skuad Ole Gunnar Solskjaer itu ke atas Leeds United.

Varane memakai jersi No.4 bersama Perancis.

Varane bakal memakai jersi bernombor 19 selepas permintaannya untuk menggunaka No.4 tidak dihiraukan Phil Jones.

Sebelum ini Varane memakai No.4 ketika bersama Los Blancos dan pasukan Perancis, namun harapannya itu tidak kesampaian apabila Jones enggan melepaskan nombor tersebut.

Jones menggunakan No.4 yang dipakai Steve Bruce sebelum ini sejak tiba dari Blackburn pada tahun 2011, namun pemain berusia 29 tahun ini tidak beraksi bersama United lebih daripada 18 bulan.

Jones memakai jersi No.4 sejak tiba di Old Trafford 2011.

Bagaimanapun Varane tidak menjadikan isu nombor itu masalah besar baginya memandangkan No.19 juga pernah diguna ketika musim pertama karier remajanya bersama Real Madrid.


Add Comment

Click here to post a comment