EPL

Kempen EPL bermula… enam pemain muda bakal jadi tumpuan


Arsenal membuka kempen EPL dengan ‘drama’ kekalahan kepada pendatang baharu Brentford.

KEMPEN Liga Perdana Inggeris (EPL) musim baharu 2021/22 sudah pun membuka tirainya pada Sabtu yang menyaksikan lapan perlawanan telah pun berlangsung.

Dengan tempoh jendela perpindahan pemain yang masih dibuka sehingga 31 Ogos ini, sudah pasti kelab-kelab masih mengintai mendapatkan pemain pilihan bagi menguatkan pasukan masing-masing selain percaturan jurulatih bakal menjadi tumpuan.

Namun apa yang menarik, selain nama-nama besar pemain berpengalaman dalam EPL musim ini, tumpuan juga turut terarah kepada pemain muda yang dijangka akan memberi tarikan di pentas liga ini.

Manchester United menang besar 5-1 ke atas Leeds United pada aksi pertama liga musim ini.

Musim lalu nama Bukayo Saka meniti di bibir peminat-peminat bola sepak Liga Inggeris, tetapi kempen kali ini menyaksikan enam lagi pemain muda yang dijangkan akan menjadi tumpuan.

Carney Chukwuemeka (Aston Villa)

Pemain berusia 16 tahun ini dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Akademi musim lalu selepas membantu Pasukan Bawah 18 Tahun merangkul trofi Piala Remaja FA. Kelibatnya itu juga turut menarik minat Bayern Munich dan Juventus.

Carney Chukwuemeka

Michael Olise (Crystal Palace)

Pemain kelahiran Perancis berusia 19 tahun ini menjadi pilihan pertama pengendali baharu kelab Patrick Vieira musim ini. Olise tiba di Crystal Palace dengan nilai 8 juta paun untuk beraksi sebagai pemain sayap.

Billy Gilmour (Norwich)

Gilmour,20, bergelar Man of The Match ketika beraksi bersama Scotland menentang England ketika saingan Euro 2020 Jun lalu. Namanya mungkin jarang disebut di EPL namun dia sebenarnya meruapan pemain muda berbakat milik Chelsea. Bagi memberi pendedahan dan minit permainan yang baik, Gilmour dipinjamkan ke Norwich City musim ini.

Anthony Elanga (Manchester United)

Bakat pemain Bawah 21 Tahun Sweden ini mula dikesan sejak usianya 12 tahun oleh Manchester United sejak keluarga berpindah ke Stockholm. Bapanya juga merupakan bekas pemain Piala Dunia Cameroon 1998. Elanga memulakan karier remajanya bersam EF Elfborg dan Malmo FF sebelum menyertai United dalam pada 2014. Pemain berusia 19 tahun ini dipanggil menyertai skuad senior untuk kempen baharu ini.

Ademipo Odubeko (West Ham)

Berusia 18 tahun, Odubeko menjadi pilihan David Moyes yang mengakui pemain ini mempunyai harapan besar untuk melangkah lebih jauh. Pemain antarabangsa Ireland ini mempunyai pengalaman yang baik sepanjang karier remajanya bersama Manchester City, Manchester United dan berada dalam skuad muda West Ham selama setahun sebelum dipanggil menyertai skuad senior musim lalu. Odubeko dikatakan mempunyai ketajaman menjaringkan gol menggunakan kaki kiri dan kanan.

Folarin Balogun (Arsenal)

Penyerang prolifik remaja Balogun mengikat kontrak empat tahun bersama The Gunners dengan memakai jersi bernombor 26 tahun lalu. Pemain kelahiran New York berusia 20 tahun ini menjadi pilihan Mikel Arteta untuk membantu pemain-pemain senior yang lain. Bekas pemain akademi Arsenal ini juga merupakan skuad England B-20 tahun (1 gol) dan pernah meyarung jersi Amerika Syarikat bersama B-18 dengan meledak dua gol.


Add Comment

Click here to post a comment