
LIVERPOOL menyertai Chelsea dan Manchester United di kelompok teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/22 selepas meraihkan kemenangan 3-0 ke atas Norwich City di Carrow Road, sebentar tadi.
Diogo Jota muncul muncul penjaring gol sulung Liverpool musim ini selepas meledak gol pada minit ke-26 untuk meletakkan The Reds di depan.
Roberto Firmino yang masuk menggantikan Jota pada babak kedua kemudian menggandakan jaringan buat pelawat selepas berjaya mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-65.
Liverpool terus mengukuhkan kedudukan apabila Mohamad Salah menjaringkan gol menerusi rembatan pada minit ke-74 untuk memastikan tiga mata penuh buat skuad bimbingan Jurgen Klopp itu.
Terdahulu Manchester United menang besar ke atas Leeds United, 5-1 manakala Chelsea turut meraih tiga mata selepas membenam cabaran Crystal Palace, 3-0.





Add Comment