
PENUNGGANG Yamaha, Fabio Quartararo, muncul pemenang di MotoGP Itali dengan catatan 41 minit 16.344 saat, sebentar tadi.
Kemenangan itu membolehkan Quartararo kian selesa di puncak senarai pelumba MotoGP 2021 dengan meraih 105 mata.
Posisi kedua menjadi milik Miguel Oliveira dan Joan Mir ketiga.
Sementara itu, Quartararo mendedikasikan kejayaan itu kepada dua individu, iaitu buat ibunya dan pelumba Moto3, Jason Dupasquier yang terbunuh selepas mengalami kecelakaan pada sesi kelayakan 2 Moto3, petang semalam.
KEPUTUSAN :
1. Fabio Quaratararo – 41:16,344
2. Miguel Oliveira – +2,592
3. Joan Mir – +3,00
4. Johann Zarco – +3,535
5. Brad Binder – +4.903
6. Jack Miller – +6,233
7. Aleix Espargaro – +8,030
8. Maverick Vinales – +17,239
9. Danilo Petrucci – +23,296
10. Valentino Rossi – +25,146






Add Comment