Antarabangsa Bola Sepak

Kelab Singapura beli Lopes dengan harga $2.9 juta


Kehadiran Lopes ke Asia Tenggara pecah rekod perpindahan SPL.

THE Lion City Sailors telah mencipta sejarah sekali lagi, kali ini memecah rekod bayaran perpindahan Liga Perdana Singapura (SPL) dengan menandatangani pemain tengah kelab Portugal, Rio Ave, Diego Lopes bernilai 1.8 juta euro (S$ 2.9 juta).

The Sailors, yang menjadi kelab SPL pertama diswastakan tahun lalu dan muncul akademi bola sepak pertama diberi penilaian satu bintang oleh Gabungan Bola Sepak Asia, wajar mendapat penghormatan berikut musim ini.

Pengambilan Lopes dalam perjanjian tiga tahun akan menjadi nadi untuk sasaran kempen mereka kaki ini

Rekod perpindahan sebelumnya adalah $50,000 ketika bekas penyerang kebangsaan Fazrul Nawaz berpindah ke Hougang United dari Tampines Rovers pada 2018.

Lopes hadir menerusi sistem belia Palmeiras dan Benfica, sebelum berpindah ke Rio Ave, di mana pemain tengah itu mengumpulkan 25 gol selama tujuh musim dan membantu pasukan Liga Perdana ke final Piala Portugal pada tahun 2014.

Kata pemain Brazil berusia 26 tahun itu:

“Saya gembira dapat menyertai projek The Sailors untuk menjadi salah satu pasukan teratas di Asia.

“Itu bukan keputusan yang mudah bagi saya untuk meninggalkan Rio Ave. Saya berasa sudah tepat waktunyauntuk cabaran baru dalam karier saya. Saya berharap dapat menjadi sebahagian daripada pasukan yang secara konsisten mencabar kejuaraan bukan hanya di Singapura, tetapi juga dalam pertandingan Asia.”

The Sailors juga memperkenalkan pertahanan tengah berusia 32 tahun, Jorge Fellipe, dari pasukan liga kedua Arab Saudi, Al-Tai untuk perjanjian satu tahun.

Jurulatihnya, Aurelio Vidmar yang memiliki penjaring terbanyak musim lalu Stipe Plazibat, Pemain Terbaik Gabriel Quak, dan Pemain Terbaik 2019 Faris Ramli, percaya bahawa Lopes dan Fellipe akan memberi semangat kepada pasukan Sailors untuk mencapai pingat kejuaraan.

“Kami mahukan pemain berkualiti tinggi dengan kemampuan teknikal yang sangat baik dan selesa bermain mengikut acuan permainan,” kata Vidmar, yang membimbing pasukannya menduduki tempat ketiga musim lalu.


Add Comment

Click here to post a comment