Bola Sepak Terkini

TFC ikat Carli


PERSIAPAN Terengganu FC memburu kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia 2021 dilihat semakin membara apabila terus memperkemaskan pasukan dengan kehadiran pemain import berasal dari Filipina dan berdarah kacukan Sepanyol, Carli de Murga.

Bakal beraksi dibahagian pertahanan, bekas pemain kelab Chonburi FC ini memiliki ketinggian 1.8 meter dan sememangnya ciri fizikal yang diperlukan untuk bermain di posisi pertahanan tengah dan pemain ini turut memiliki corak permainan fizikal yang agak keras.

Dipetik menerusi laman rasmi pasukan TerengganuFC.com Carli melihat liga di Asia Tenggara tidak terlalu jauh jurang diantara negara ini dan beliau yakin dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan pasukan TFC.

Pernah bermain beberapa kali dalam kejohanan Piala AFC bersama kelab terdahulu, pengalaman yang dimiliki pemain berusia 32 tahun itu di peringkat kelab dan antarabangsa dilihat mampu untuk memimpin pemain muda di samping mudah untuk membentuk keserasian didalam pasukan.

Bakal menyarung jersi nombor 6, kriteria penting yang diperlukan dalam skuad kendalian Nafuzi Zain ternyata dimiliki oleh Carli yang selesa dan tenang mengawal bola selain daripada kemampuan untuk memulakan serangan dari barisan pertahanan.

Terdahulu sebelum itu, TFC turut mengumumkan mengikat bekas pemain import Sabah kelahiran Namibia, Petrus Shitembi.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment