Antarabangsa Bola Sepak

Lionel Messi sertai kelab MLS ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LIONEL Messi mengakui berminat untuk bermain di Major League Soccer (MLS) suatu hari nanti.

Segalanya berkemungkinan apabila kontrak Messi di Barcelona bakal tamat pada akhir musim ini.

Tidak pasti kelab manakah akan disertai Messi sama ada terus memperbaharui kontrak atau memilih angkat kaki dari Camp Nou.

Ketika ini, hanya dua kelab gergasi, Manchester City dan Paris Saint-Germain yang dikhabarkan ingin menyunting Messi.

Penyerang asal Argentina itu juga menyuarakan keinginan bermain di Amerika Syarikat.

“Saya selalu mengatakan bahawa saya ingin merasai liga Amerika Syarikat. Tapi bukan sekarang ya,” kata Messi kepada La Sexta

Terbaru, Inter Miami, kelab asal Amerika Syarikat yang beraksi di MLS, dikatakan amat berminat. Kelab yang sebahagian sahamnya dimiliki David Beckham itu terus memantau situasi Messi di Barcelona.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: