Bola Sepak Semasa

Hanya usaha keras akan membuahkan kejayaan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Brendan Gan (kanan) mengharapkan yang terbaik untuk ABK kali ini.

PEMAIN tengah Selangor, Brendan Gan mengharapkan tuah memihak kepadanya untuk memenangi kategori Pemain Tengah Terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual selepas tercalon buat kali ketiga.

Brendan melahirkan rasa gembira apabila tercalon sekali lagi, kali ini bersama pasukan Selangor sambil menyifatkan rakan pasukan banyak membantu dalam setiap perlawanan mengharungi musim 2021.

Belum pernah berjaya untuk mengungguli kategori tersebut, bekas pemain Perak ini berharap usaha kerasnya pada musim ini mampu membuahkan hasil untuk menamatkan penantian sejak tercalon pada ABK edisi 2017.

“Semestinya satu perasaan teruja apabila kali ini tercalon sekali lagi bersama-sama calon lain yang sememangnya kita tahu mempunyai nama besar dalam Liga Malaysia.

“Saya tetap percaya dan berpegang kepada prinsip bahawa usaha yang keras akan membuahkan hasil yang lumayan dan sejak tercalon pada edisi sebelum ini sehingga sekarang membuatkan saya sentiasa ingin melakukan yang lebih baik setiap tahun.

“Untuk itu, saya hanya mengharapkan yang terbaik untuk ABK kali ini dan dengan tercalonnya pada edisi ini buat kali ketiga membuktikan saya di hala tuju yang tepat untuk terus mencapai prestasi terbaik kepada pasukan,” jelasnya.

Brendan bersaing bersama sembilan lagi calon lain iaitu Safawi Rasid yang mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT), Afiq Fazail (JDT), Faisal Abd Halim (Pahang), Gonzalo Cabrera (JDT), Leandro dos Santos (Perak), Leandro Velazquez (JDT), Lee Tuck (Terengganu FC), Nor Azam Abdul Azih (Pahang), dan Syahmi Safari (Selangor).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: