
PEMAIN termahal dunia milik Paris Saint-Germain, Neymar Jr, mengukir sejarah di Liga Juara-Juara selepas menjadi wira pada perlawanan bertemu Istanbul Basaksehir.
Neymar menjadi pemain terbaik pada aksi tersebut apabila mencetak hatrik untuk membantu PSG menang besar 5-1.
Tiga gol Neymar dihasilkan pada minit ke-21, 38′, dan 50′. Dua lagi disumbangkan oleh Kylian Mbappe (penalti – 42′, 62′).
Neymar kali ini berstatus pemain pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara yang berjaya mengumpul 20 gol atau lebih bersama dua pasukan yang berbeza.
Bersama PSG, Neymar sudah meledak 20 gol dari 25 penampilan pada kempen di Eropah.





Add Comment