Bola Sepak Terkini

Giliran Nik Akif sertai TFC


Nik Akif (tengah) menyertai TFC musim depan untuk tempoh dua tahun.

CEPAT Terengganu FC (TFC) buat kerja itulah perbualan hangat diperkatakan peminat bola sepak tempatan ketika ini khususnya penyokong tegar Peteh Ganu Peteh selepas pasukan mereka berjaya membawa masuk bakal arkitek negara yang merupakan pemain utama Kelantan FC, Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Baru berusia 21 tahun dan merupakan kesebelasan utama The Red Warriors musim ini, penghijrahan Nik Akif yang dianggap pelapis skuad kebangsaan masa akan datang memeterai perjanjian menyertai TFC untuk tempoh dua tahun.

Sebelum itu, TFC juga telah berjaya mendapatkan pertahanan muda Kelantan FC yang merupakan rakan sepasukan Nik Akif iaitu Shahrul Nizam Ros Hasni penyerang muda Pahang, Mohd Faisal Abdul Halim.

Tiga pemain ini berusia dibawah 23 tahun..UBI MUDA

Menerusi kenyataan rasmi TerengganuFC.com, Nik Akif Syahiran menyifatkan  penghijrahan dari negeri kelahiran ke pasukan TFC merupakan satu cabaran besar dalam karier bolasepak beliau namun ianya juga merupakan sesuatu yang sangat positif untuk perkembangan karier beliau sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

“Mengenai penolakan beberapa tawaran yang diterima beliau dari pasukan lain, beliau menyatakan beliau lebih melihatkan pada corak permainan yang diterapkan pasukan dan dilihat corak ‘modern football’ yang diterapkan oleh Nafuzi Zain sesuai dengan gaya permainan beliau.

“Saya perlu memberi 100% komitmen kepada pasukan kerana beliau ingin membawa nama pasukan ke tahap yang lebih tinggi dan berjaya menjadi salah seorang pemain yang boleh memberikan kejayaan buat pasukan ini,” ujarnya.

Pemain berusia 22 tahun ini juga adalah merupakan tonggak utama pasukan B23 Malaysia. Ini merupakan kali pertama buat Nik Akif berhijrah ke luar negeri Kelantan dan beliau melihatkan Terengganu adalah destinasi terbaik untuk beliau.

Nik Akif antara target utama pengendali TFC, Nafuzi Zain untuk memperkuatkan barisan tengah pasukan TFC disamping beberapa pemain import yang akan hadir menyertai pasukan ini tidak lama lagi.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading