
CHELSEA melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas membenam cabaran Leeds, 3-1 di Stadium Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Kemenangan itu turut diraikan bersama 2,000 peminat yang hadir ke stadium buat kali pertama selepas sembilan bulan beraksi tanpa penonton.
Jelas Frank Lampard, pasukannya perlu konsisten dalam saingan liga yang masih panjang dan mencabar.
“Kami adalah pasukan dalam pembikinan. Apabila anda membawa masuk pemain-pemain baharu dan mempunyai pemain-pemain muda.
“Saya rasa masih ada banyak yang boleh ditingkatkan. Sama ada di musim ini kami akan mencapai kemuncaknya, saya tidak tahu.
“Ia musim yang panjang. Cabaran kami adalah kekal konsisten tetapi kami di landasan yang betul,” kata Lampard.
Pada perlawanan awal pagi tadi, The Blues bangkit dari ketinggalan selepas bekas pemainnya Patrick Bamford menjaringkan gol buat pelawat.
Namun tuan rumah bangkit hasil jaringan Olivier Giroud, Kurt Zouma dan Christian Pulisic, melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada 16 perlawanan.








Add Comment