Bola Sepak

Sulaiman ada kepakaran gilap Sarawak United


Sulaiman berpotensi bentuk Sarawak United ke arah pasukan gergasi Liga Malaysia. FOTO : UKM FC

 

BEKAS pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin kini dikaitkan untuk membimbing pasukan Sarawak United bagi kancah Liga Malaysia 2021.

Sulaiman bukan nama kecil apabila sentuhannya bersama UKM cukup menjadi membina pasukan muda menjadi pasukan gergasi.

Memetik laporan SarawakCrocs.com, jurulatih itu telah dikaitkan dengan kerusi panas yang di dalam pasukan tersebut bagi menggantikan E Elavarasan.

“Jika saya diberi peluang untuk ke Sarawak United, saya akan berusaha membawa pasukan Sarawak United kembali ke menjadi pencabar utama dan berusaha kembali ke Liga Super dalam jika semua perancangan berjalan lancar.

“Saya suka akan cabaran membawa pasukan yang fokus kepada pemain muda yang mahu digilap menjadi pemain bintang, dan saya rasakan Sarawak United adalah pasukan seperti itu,” kata Sulaiman kepada SarawakCrocs.

Rekod Sulaiman bukan kaleng-kaleng apabila membawa pasukan UKM dari sebuah pasukan kecil dengan peruntukan kecil, menjadi sebuah pasukan Liga Premier pada tahun 2017.

Ini telah beliau lakukan dengan membawa UKM menjadi naib juara Liga FAM pada tahun 2017, dan naib juara Challenge Cup pada tahun 2018 dan 2019.

Cakap Sukan difahamkan, Sulaiman sedang dalam proses mendapatkan Lesen Pro A AFC.

Sementara itu, jurulatih Pembangunan Sarawak, Mohamad Hakimi Man turut teruja dengan prospek kemungkinan Sulaiman ke Sarawak United.

“Saya cukup kenal dengan cara kerja dan teknik latihan Sulaiman, dan tahu bahawa Sulaiman menitik beratkan pemain muda.

“Bukan itu sahaja, Sulaiman ini suka akan cabaran, dan mengubah pasukan kecil menjadi gergasi, seperti yang beliau lakukan kepada UKM, adalah satu petanda tentang bakat belia,” ujarnya lagi.

 


Add Comment

Click here to post a comment