
KETUA jurulatih Pahang, Dollah Salleh terkilan dengan kegagalan Dickson Nwakaeme menyempurnakan sepakan penalti yang dianggap begitu penting bagi menghidupkan peluang pasukan.
Jelasnya, anak didiknya bermain di bawah tahap sebenar pada babak pertama serta mengakui terkilan sepakan penalti yang diambil Dickson Nwakaeme pada minit-79 gagal menemui sasaran .
“ Separuh masa pertama, pemain mungkin beraksi sambil lewa terutama di bahagian pertahanan dan gol kepada Kedah, kita boleh lihat semuanya dalam keadaan yang tidak berbahaya dan kesilapan-kesilapan mudah.
“ Sebelum separuh masa kedua, saya beritahu pemain dalam bilik persalinan agar mereka ubah sikap dalam padang atau mereka akan berikan lebih banyak gol lagi kepada lawan.
“ Nyata nasib tidak sebelahi kami kerana dapat membalas dengan dua jaringan sahaja dan terkilan juga dengan penalti diambil Dickson kerana bola itu masuk, kita ada masih banyak masa lagi untuk bangkit tetapi sudah tidak masuk, hendak buat macam mana, ” katanya.
Dalam aksi di Stadium Darul Aman, Kedah mendahului dengan selesa pada babak pertama melalui gol daripada Shakir Hamzah (minit-17), Kpah Sherman (minit-36) dan Tchetche Kipre (minit-44) namun Muslim Ahmad memberikan sedikit sinar harapan buat Pahang apabila menjaringkan gol pada minit-49 sebelum Faizal Rani merapatkan jurang pada minit-88.







Add Comment