Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Debaran Merdeka Cup Nostalgia 1993 Makin Terasa


DEBARAN  semakin terasa menjelang berlangsungnya Merdeka Cup Nostalgia 1993 apabila trio pemain import yang pernah mencipta memori bersama Kedah kini kembali menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.

Olubunmi Adigun, Peter Neiketein dan Tibor Szaban selamat tiba di KLIA hari ini selepas lebih tiga dekad meninggalkan kenangan di bumi Malaysia.

Kehadiran mereka pastinya mengembalikan nostalgia para peminat bola sepak era 1990-an, khususnya penyokong Kedah yang pernah menyaksikan aksi hebat mereka.

Esok, peminat berpeluang bertemu secara dekat dengan ketiga-tiga legenda ini dalam Meet & Greet bersama Lagenda 1993, jam 12 tengah hari di perkarangan Stadium Darul Aman.

Ini bukan sekadar pertemuan biasa — tetapi pertemuan semula dengan sejarah, kenangan dan jiwa bola sepak Kedah yang tidak pernah hilang ditelan zaman.

Merdeka Cup Nostalgia 1993 — kenangan kembali hidup.


Add Comment

Click here to post a comment