Bola Sepak • Terkini

TFC dan Klinik Perubatan Wildan teruskan kerjasama


TERENGGANU Football Club Sdn Bhd (TFCSB) terus memperkukuhkan kerjasama strategik bersama Klinik Perubatan Wildan menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), sekali gus menandakan tahun kedua jalinan kerjasama rasmi antara kedua-dua pihak.

Majlis yang berlangsung di Hotel Permai, Kuala Terengganu itu menyaksikan MoU ditandatangani oleh Ahli Lembaga Pengarah Klinik Perubatan Wildan bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB serta disaksikan oleh wakil Ahli Lembaga Pengarah kedua-dua organisasi.

Kerjasama ini memberi penekanan kepada aspek penjagaan kesihatan pemain di samping memperkukuhkan usaha mempromosikan gaya hidup sihat kepada masyarakat melalui platform sukan.

Kerjasama ini dilihat bakal menjadi kerjasama panjang yang akan memperlihatkan hubungan rapat diantara industri sukan dan kesihatan terutamanya di negeri Terengganu.

Majlis turut menyaksikan pelancaran rasmi Akademi Bola Klinik Perubatan Wildan, sebuah inisiatif pembangunan akar umbi yang memberi fokus kepada pencungkilan bakat muda dalam bola sepak.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan pemain serta kejurulatihan Terengganu FC sebagai tanda sokongan terhadap kesinambungan kerjasama strategik ini.

Terima kasih buat seluruh keluarga Klinik Wildan kerana kekal menjadi sebahagian dari keluarga besar bola sepak negeri Terengganu!


Add Comment

Click here to post a comment