Lain-Lain Terkini

Andrew Yap, Amirah Nur Hanania Dinobat Juara Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP Pusingan Pertama 2026


Andrew Yap dan Amirah Nur Hanania Afanizam membuktikan statusnya sebagai pemain paling konsisten apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Golf 100PLUS Malaysian Golf Association (MGA) National Junior Development Programme (NJDP) – Pusingan Pertama 2026 kategori lelaki dan perempuan.

43 pemain beraksi pada hari terakhir di Kelab Golf Kinrara berlangsung dalam cuaca baik menyaksikan Andrew menamatkan tiga pusingan dengan keseluruhan 219 pukulan enam di atas par (+6).

Beliau menutup hari terakhir dengan catatan 77 pukulan enam di atas par (+6) untuk memastikan namanya turut dinobat sebagai pemenang bagi kategori lelaki A.

Kemenangan ini memberikan semangat kepadanya untuk meraih lebih banyak Keputusan yang positif.

“Saya tidak boleh menyalahkan keadaan padang kerana ia berada dalam keadaan yang sangat baik dan green juga cukup pantas. Bagaimanapun, saya merasakan saya tidak mempamerkan permainan terbaik hari ini dan tidak bermain seperti yang saya harapkan.

“Kemenangan ini amat bermakna buat saya. Sudah agak lama saya tidak memenangi sesuatu kejohanan, kali terakhir adalah pada Oktober tahun lalu. Saya rasa saya benar-benar memerlukan kemenangan ini untuk meningkatkan keyakinan dan kekuatan mental sebagai persediaan menghadapi kejohanan seterusnya, iaitu SUKMA,”

Tempat kedua milik Nathan Wong (+18) diikuti tempat ketiga disandang Muhd Eiqbal Aisy Mohd Elauddin.

Juara kategori lelaki B milik Jarvis Liew Zun Xin dengan 229 pukulan 16 di atas par (+16) diikuti Raja Mohd Syakir Raja Mohd Sukry (+18) dan Umar Thaqif Ahmad Assraf dikedudukan kedua dan ketiga.

Bagi kategori perempuan Amirah Nur Hanania Afanizam, turut mempamerkan aksi cemerlang apabila mengumpul 225 pukulan keseluruhan dua belas di atas par (+12) untuk muncul juara kategoti Perempuan B sekalugus muncul juara keseluruhan kategoti perempuan.

Bagi Amirah Nur Hanania, kemenangan ini ibarat melunaskan janji kepada orang tuanya.

“Kemenangan ini agak bermakna sebab saya dah cuba janji dengan mak ayah yang saya mahu menang.

“Ini kali pertama saya bermain di Kinrara. Bagi saya, cabaran paling sukar ialah untuk mendapatkan bola mendarat dekat dengan pin kerana green di sini beralun (slopy) dan kebanyakan kedudukan pin diletakkan di kawasan cerun, jadi memang susah untuk dekat dengan pin,” kata Amirah

Naib juara perempuan B Choi Quinn Cie (+17), manakala Deepika Ganesan (+19) dikedudukan ketiga.

Nurlyana Yasmin Ruzkinain mengesahkan status sebagai juara kategori A dengan 228 pukulan keseluruhan lima belas dibawah par (+15) diikuti Amelia Lee kedua dengan enam belas di atas par (+16) dan Adrianna Prewa Sim (+16).

Dua pemain mencuri tumpuan apabila mencatat pukulan selubang, Izz Zayani Mohd Irman pada hari pertama dan Che Faidh Amsyar Faizul pada hari ketiga sekaligus bakal menerima tajaan minuman daripada 100PLUS selama setahun.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Industri di Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N), Norazrin Norsyam Yee dan Presiden MGA, Ta Sri Mohd Anwar Mohd Nor

Kejohanan ini menawarkan tiga pusingan dimana pusingan pertama berlangsung di Kelab Golf Kinrara, Puchong (21-23 Julai 2026)

Pusingan Kedua dijadual berlangsung di Kelab Golf Permai Pura Sungai Petani, Kedah pada 10-13 Oktober disusuli Kelab Golf A Famosa, Melaka akan menjadi venue bagi Pusingan Ketiga bermula 7-10 September dan Pusingan Akhir berlangsung di Kelab Golf The Mines, Seri Kembangan, Selangor dari 27 hingga 30 Oktober.

Kejohanan Golf 100PLUS Persatuan Golf Malaysia (MGA) Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP) menjadi platform buat 30 pemain yang menunjukkan prestasi dan keputusan yang memberansangkan terpilih ke Kejohanan Terbuka Antarabangsa Remaja Malaysia (Malaysia Junior International Open) yang akan berlangsung pada November tahun ini.

 

Keputusan Akhir – 10 Terbaik

R1

R2

R3

Jumlah

1

Andrew Yap

68

74

77

219

2

Amirah Nur Hanania Afanizam

75

73

77

225

3

Nurlyana Yasmin Ruzkinain

76

74

78

228

4

Amelia Lee

77

78

74

229

5

Jarvis Liew Zun Xin

72

77

80

229

6

Adrianna Prewa Sim

77

75

77

229

7

Choi Quinn-Cie

78

74

78

230

8

Nathan Wong

76

75

80

231

9

Raja Muhammad Syakir Raja Mohd Sukry

79

75

77

231

10

Deepikaa Ganesan

77

75

80

232


Add Comment

Click here to post a comment