
AMATEUR Football League (AFL) hari ini mengumumkan 12 pasukan berjaya mengesahkan penyertaan dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2026/2027 dengan sepak mula yang dijadualkan pada 28 Ogos 2026.
Secara rasmi, sepuluh (10) pasukan sedia ada yang telah disahkan penyertaan mereka adalah Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim II, Selangor FC II, Kedah FA, Perak FA, UM-Damansara United, Kelantan City FC (Kelantan WTS FC), Manjung City FC, Armed Forces FC, Bunga Raya FC dan Malaysian University-UiTM.
Saingan musim ini juga menyaksikan kemasukan dua (2) pasukan baharu yang turut disahkan penyertaan mereka iaitu Negeri Sembilan FC II dan naib juara Liga A2 Amateur musim lalu, USM FC manakala juara iaitu AZM Rovers FC dan pasukan di tangga ke-14 Liga A1 musim lalu, Perlis GSA FC memilih untuk tidak mengesahkan penyertaan mereka.
Perancangan awal AFL adalah untuk menyenaraikan empat belas (14) Pasukan secara keseluruhan untuk bersaing di Liga A1 Musim 2026/2027 dan proses penilaian yang dijalankan telah melibatkan enam belas (16) pasukan termasuk tiga (3) permohonan baharu.
Justeru, terdapat empat (4) lagi pasukan di senarai menunggu yang masih berpeluang merebut tempat dan diberi masa sehingga 31 Julai ini untuk menyempurnakan dokumentasi pengesahan penyertaan mereka yang akan dinilai semula secara merit.
Terdahulu, Kelantan Red Warriors FC telah diumumkan untuk bersaing di Liga Super manakala KDA FC yang berada di zon penyingkiran musim lalu diturunkan ke Liga A2 musim akan datang.
#afl
#ligaa1semipro20262027
#ligauntuksemua








Add Comment