Bola Sepak Terkini

Liga Super : Yusri tidak salahkan pemain


KETUA jurulatih Imigresen FC, Yusri Che Lah tidak meletakkan kesalahan ditangan pemainnya susulan keputusan tewas 0-1 pada aksi menentang Kuching City FC di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.

Tampil kali pertama bermain di stadium berkenaan, jaringan penalti yang disempurnakan peledak prolifik Kuching City, Ronald Ngah Wanja pada minit ke-85 memastikan pelawat membawa pulang tiga mata penuh.

Bagi Yusri, keputusan ini perlu diterima dengan terbuka, kekalahan tidak boleh mematahkan semangat juang pemain untuk meneruskan baki saingan yang akan datang.

“Pemain pemain berjuang dengan baik ditewaskan pada aksi penghujung perlawanan,kita tewas kita faham, saya faham dengan situasi penalti, inilah bola sepak tidak salah pemain kita pun, ini adalah bola sepak yang membezakan dua pasukan.

“Bagi saya peluang kita lebih terbuka, kena terima kekalahan kali kesembilan malam ini dan berjuang kembali untuk melihat dimana kita perlu berada,” katanya selepas perlawanan.

Pada aksi Liga Super malam tadi, tuan rumah  tampil dengan semangat tinggi apabila beraksi buat pertama kali di laman sendiri yang baharu dimana sebelum ini The Mighty Tigers menggunakan Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan sebagai laman sendiri.

Kekalahan ini menyaksikan Imigresen FC kekal di tangga kelapan liga pada 18 mata selepas 17 perlawanan manakala Kuching City selesa di tangga keempat pada 34 mata.


Add Comment

Click here to post a comment