
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menjatuhkan hukuman baharu terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakan menurunkan pemain yang tidak layak.
Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang bersidang dipengerusikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FIFA, Jorge Palacio pada 12 Disember 2025 mendapati FAM telah melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025) kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam tiga Perlawanan Antarabangsa Tier 1 berikut:
1- Malaysia lwn Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 Mei 2025 yang berkesudahan seri 1-1.
2- Malaysia lwn Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 September 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 2-1; dan
3- Malaysia lwn Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 8 September 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 1-0.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah membuat keputusan bahawa Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 3-0 pada ketiga-tiga perlawanan tersebut.
Selain itu, FAM turut dikenakan hukuman denda sebanyak CHF10,000 (RM51,414).
FAM akan membuat permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum mempertimbang langkah seterusnya yang akan diambil berhubung perkara ini.






Add Comment