Antarabangsa Futsal Terkini

Sukan Sea 2025 : 42 pemain terbaik futsal disenaraikan

Skuad futsal negara jalani latihan awal hadapi Sukan Sea 2025

KETUA  jurulatih futsal kebangsaan, Rakphol Sainetngam menyenaraikan 20 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula Ahad, 16 November 2025 sebagai persiapan menghadapi saingan Sukan SEA 2025 di Stadium Nonthaburi, Thailand bermula 15 hingga 19 Disember 2025.

Skuad futsal kebangsaan akan menjalani latihan pusat di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya dari 16 November hingga 5 Disember 2025 sebelum mereka ke Bangkok, Thailand dari 6 hingga 12 Disember 2025 bagi menyambung persiapan di sana.

Bagi perlawanan yang dijalankan secara format liga sepusingan (Round Robin) itu nanti, Malaysia dijadual bertemu tuan rumah, Thailand bagi perlawanan pertama pada Isnin, 15 Disember 2025 diikuti aksi berikutnya bertemu Vietnam pada Selasa, 16 Disember 2025.

Dua lagi aksi menyaksikan skuad futsal Harimau Malaya bakal bertemu Myanmar pada Rabu, 17 Disember 2025 disusuli aksi terakhir menentang Indonesia pada Khamis, 18 Disember 2025.

Sebagai rekod, skuad futsal Harimau Malaya berjaya meraih pingat Perak sebanyak dua kali iaitu pada Sukan SEA 2007 di Thailand dan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Bagi skuad wanita pula, 22 pemain telah dipanggil oleh Ketua  jurulatih skuad futsal Malayan Tigress, Edgar Eder Baldasso menyertai kem latihan pusat bermula Rabu, 12 November 2025 sebagai persiapan menghadapi Sukan Sea 2025 pada 12 hingga 18 Disember 2025 di Bangkok, Thailand.

 

Skuad futsal Malayan Tigress akan menjalani kem latihan pusat  Fasa 1 bermula 12 November hingga 4 Disember 2025 di KOMBES Selangor (Panasonic), Shah Alam sebelum dijadualkan terbang ke Bangkok, Thailand bagi meneruskan fasa akhir kem latihan pusat bermula 5 hingga 9 Disember 2025.

Seterusnya, skuad futsal Malayan Tigress akan turun menghadapi cabaran Kumpulan A yang disertai tiga pasukan iaitu bertemu Filipina pada Sabtu, 13 Disember 2025 dan tuan rumah, Thailand pada Ahad, 14 Disember 2025 di Stadium BTU Hall, Bangkok.

Juara dan naib juara Kumpulan A dan B terbaik akan melangkah ke Separuh Akhir pada Selasa, 16 Disember 2025 sementara aksi Final dan Tempat Ke-3 akan berlangsung pada Khamis, 18 Disember 2025.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading