
PERSATUAN Sukan Orang Pekak Kelantan (KelSDeaf) mensasarkan keputusan positif di temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2025 yang dijadual berlangsung di Sarawak dari 1 hingga 7 Oktober 2025.
Bagi edisi ke 22, Kelantan disertai 40 orang atlet dan pegawai yangakan beraksi dalam acara Badminton, Tenpin Bowling, Futsal dan Pandu Arah (Orienteering).
Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Kelantan (KelSDeaf), Saiful Helmie menjelaskan bagi edisi tahun ini, mereka meletakkan sandaran kepada adik beradik yang beraksi dalam sukan futsal, Muhammad Faza Firdaus dan Nur Ain Shafira Ghazali.
Firdaus dan Nur Ain mewakili Malaysia ke temasya Sukan Orang Pekak Asia Tenggara (SEADeaf) Game 2025 baru baru ini dalam acara futsal lelaki dan perempuan yang menyaksikan Malaysia meraih pingat perak bagi kedua dua acara.
“Persiapan kami berjalan dengan lancar dan matlamat utama Kelantan adalah untuk membangunkan lebih atlet pekak bukan sahaja membawa nama Kelantan tetapi mewakili Malaysia ke pentas antarabangsa menerusi program yang telah di rancang.,” kata Saiful.
Tambahnya lagi, KelSDeaf memerlukan sokongan dana sekitar RM 100 000 daripada pelbagai pihak untuk membantu dan menyokong atlet dan pegawai yang sedang melakukan persiapan ke SOPMA ke 22.
“Kos ini meliputi persiapan latihan, kelengkapan atlet, pengangkutan, penginapan serta perbelanjaan penghantaran kontinjen.
Dana ini amat penting untuk memastikan atlet pekak Kelantan dapat beraksi dengan persediaan terbaik di pentas kebangsaan kelak.,” katanya lagi
KelSDeaf merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan serta sokongan.







Add Comment