
BIARPUN sudah meninggalkan tampuk pentadbiran Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza zakaria tetap menghadirkan diri ke Porte de La Chapelle untuk memberi sokongan padu kepada dua wakil negara di final Kejohanan Dunia.
Malah Presiden Kehormat seumur hidup BAM yang juga Presiden Kehormat Badminton Asia, menjadi antara individu pertama mengucapkan tahniah kepada gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei setelah mencipta sejarah menjuarai gelaran dunia kali pertama.
Beliau yang juga Ahli Majlis Persekutuan Badminton Dunia (BWF), setiap hari menghadirkan diri ke gelanggang kejohanan bersorak untuk pemain negara.
Kehadirannya memberi sokongan kepada pemain negara bukanlah sesuatu yang asing kerana beliau juga adalah pengerusi bersama program Road to Gold dan Tang Jie-Ee Wei serta Pearly Tan-M Thinaah menjadi sandaran negara sejak Olimpi Paris lagi.
Selepas kemenangan Tang Jie-Ee Wei, beliau bersama barisan kakitangan sokongan Institut Sukan Negara (ISN) tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepada gandingan yang mencipta sejarah itu.
Kata-kata semangat sentiasa menjadi azimat beliau kepada setiap pemain sejak mentadbir BAM kira-kira tujuh tahun lalu.








Add Comment