Antarabangsa Terkini

Kejohanan Maybank 2025 : Thailand Sapu Bersih!

Lima wakil mara ke Kejohanan Maybank 2025

LIMA  bintang muda Asia Tenggara berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Maybank 2025selepas aksi sengit dua hari di Kuala Lumpur Golf & Country Club.

Pemain remaja Thailand, Kritchanya Kaopattanaskul muncul juara kelayakan dengan catatan 7 bawah par 137, termasuk aksi istimewa dengan hole-in-one pada pusingan pertama.

Tempat kedua disusuli rakan senegara, Achiraya Sriwong, manakala Namo Luangnitikul di tempat ketiga. Cholcheva Wongras dan Kan Bunnabodee berkongsi tempat keempat, menjadikan ia sapuan bersih Thailand untuk lima slot kelayakan.

Dua pemain Malaysia, Ng Jing Xuen dan Genevieve Ling, menamatkan saingan di kedudukan keenam bersama, hanya satu pukulan dipisahkan daripada kelompok teratas.

Kejohanan ini bakal berlangsung dari 30 Oktober hingga 2 November 2025 dengan tawaran hadiah berjumlah AS$3 juta (RM13.5 juta) – menjadikannya kejohanan paling bernilai di Asia.

Lebih menarik, **Maybank mengumumkan pemenang ASEAN terbaik di kejohanan utama nanti akan menerima tiket emas ke salah satu kejohanan Epson Tour 2026, iaitu siri pembangunan rasmi LPGA.

Kini memasuki edisi ketiga, Kejohanan Maybank bukan sahaja mengumpulkan bintang dunia seperti Nelly Korda, Jeeno Thitikul, Grace Kim dan Ayaka Furue, malah menjadi platform mencungkil bakat ASEAN ke pentas global.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading