
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub hadir memberikan kata-kata semangat kepada jurulatih yang mengikuti Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma AFC/FAM Modul I & II di Hotel Armada di Petaling Jaya, Selangor pada Isnin, 26 Mei 2025.
Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma AFC/FAM itu yang bermula sejak 5 Mei lalu akan berakhir pada 3 Jun 2025.
Ia disertai seramai 16 orang jurulatih termasuk empat jurulatih, masing-masing dari Jepun, Singapura, Korea Selatan dan Kemboja.
Selain teori, kursus itu turut melibatkan sesi praktikal diadakan di Padang Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma AFC/FAM Modul I & II kali ini dikendalikan oleh Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell selaku Pendidik Jurulatih AFC dan FIFA, Ketua Unit Pendidikan Kejurulatihan FAM, Lim Kim Chon dan Ketua Unit Belia FAM, Razip Ismail.






Add Comment