
RCB menerima kunjungan rasmi daripada pelumba muda Negara Hakim Danish yang baru tiba di Ibu Negara, sebagai tanda komitmen berterusan beliau terhadap kerjaya perlumbaan dan penghargaan atas sokongan penajaan daripada RCB.
Ketika ini Hakim Danish sedang mendahului carta kejuaraan keseluruhan bagi perlumbaan MotoGP Redbull Rookies Cup 2025.
Sebagai penaja peribadi kepada Danish, RCB amat berbangga dengan pencapaian dan dedikasi tinggi yang ditunjukkan oleh beliau dengan kemenangan dalam setiap perlumbaan. Kehadiran Danish ke ibu pejabat RCB mencerminkan hubungan profesional yang cukup baik serta nilai kerjasama diantara pelumba dan penaja.
Pengurus Besar Kumpulan Pemasaran RCB, Marcus Leong berkata, RCB amat menghargai kesungguhan dan semangat juang yang dibawa Hakim Danish dimana beliau bukan sahaja menjadi inspirasi kepada pelumba muda lain, tetapi juga memberi komitmen yang baik dalam membawa jenama kami ke pentas antarabangsa.
“Kami akan terus memberikan sokongan penuh dari segi teknikal, logistik dan promosi demi membantu beliau mencapai kejayaan dimasa hadapan.
“Sebagai penaja utama, RCB melihat inisiatif ini sebagai satu platform yang cukup berharga untuk mendekati dan mengenali para pelumba muda negara. Harapan RCB adalah untuk membimbing mereka menjadi pelumba yang bertanggungjawab dan berkeyakinan di samping dapat memberi contoh yang baik kepada pelumba-pelumba cilik Negara. Selain daripada peningkatan diri secara individu,” jelasnya.

Tambahnya lagi, RCB percaya bahawa mereka mampu menjadi ikon dalam kalangan rakan sebaya, dengan menjadi contoh teladan dalam mengamalkan budaya positif, mempelajari teknik penunggangan yang selamat, serta bergerak ke arah haluan yang profesional dan bertanggungjawab.
Kehadiran beliau dijangka memberi motivasi kepada pelumba muda yang bakal beraksi, serta menunjukkan kesinambungan sokongan RCB terhadap pembangunan bakat sejak dari peringkat akar umbi.
Usaha ini selari dengan komitmen RCB untuk membangunkan komuniti permotoran yang lebih positif dan progresif. Melalui pendekatan yang sistematik dan bimbingan berterusan, program seperti ini juga dilihat mempunyai potensi besar sebagai platform pembangunan bakat, yang akhirnya dapat melahirkan pelumba-pelumba yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi termasuk kejohanan dunia seperti MotoGP.





Add Comment