
BEKAS pemain negara yang pernah beraksi dikejohanan berprestij seperti Piala Dunia Remaja FIFA 1997 serta Kelayakan Sukan Olimpik 2000, Rosle Md Derus dilantik sebagai Pengarah Teknikal baharu Penang FC.
Individu yang bukan sahaja memiliki pengalaman luas selaku pemain malah sebagai jurulatih ini menggantikan Merzagua Abderrazzak bagi memperkukuhkan lagi struktur teknikal dan pembangunan bola sepak Harimau Kumbang menjelang musim akan datang.
Berpengalaman luas dalam dunia bola sepak Malaysia, membawa bersama rekod pencapaian yang mengagumkan sebagai pemain dan jurulatih.
Beliau pernah mewakili negara dalam kejohanan berprestij seperti Piala Dunia Remaja FIFA 1997 serta Kelayakan Sukan Olimpik 2000, selain membantu pasukan negeri seperti Kuala Lumpur dan Perlis meraih kejuaraan dalam Piala Sumbangsih, Piala Malaysia dan Liga Super.
Dengan gabungan ilmu akademik dalam Sains Sukan, lesen kejurulatihan A, B dan C, serta pengalaman lebih dua dekad dalam pembangunan pemain muda dan taktikal, Penang FC percaya bahawa pelantikan ini merupakan langkah strategik ke arah membawa kelab ke tahap yang lebih baik bukan sahaja dalam pencapaian pasukan utama.
Malah dalam pembinaan ekosistem pembangunan akar umbi yang mampan dan berdaya saing.Sebagai jurulatih, beliau telah menabur bakti bersama beberapa pasukan dalam Liga Malaysia, antaranya:






Add Comment