Antarabangsa Terkini

Budak Gombak ingin terus cipta nama dipentas antarabangsa

BS Fitness Nutrition yang merupakan produk protein telah memberikan sumbangan RM10,000

Raja Lokman (tengah) bersama Ammarul pada sidang media di Bukit Jalil, hari ini.

ATLET muay thai profesional negara, Ammarul Shafiq Ubaidillah menyifatkan peluang untuk mencipta nama dalam sukan pertempuran sangat terbuka dan bukan sahaja tertumpu kepada One Championship.

Namun bagi atlet muda kelahiran Gombak, Selangor itu melihat ianya bukanlah tugas mudah untuk berada dilapangan tersebut tetapi ianya adalah sasaran utamanya yang diletakkan dalam kariernya.

“Insya-Allah Ammarul dengan pasukan akan memikirkan perkara itu tetapi nak bagi tahu yang One Championship itu bukanlah segala-galanya kerana terdapat pelbagai lagi promosi lain seperti K-1, Glory, UFC dan WKN (World Kickboxing Network).

“Terdapat beberapa platform yang membolehkan Ammarul menceburi bidang itu dan mencipta nama serta memburu lebih banyak kemenangan sekali gus membuka ruang dan peluang untuk atlet tempur dari Malaysia menyertai saluran itu.

“Sebenarnya banyak juga promosi ke arah situ cuma kita tiada petarung yang ditolak ke arah sana. Jadi mungkin Malaysia melihat One Championship ini segala-galanya. Ammarul percaya rezeki itu luas, kita terbuka kepada peluang mana-mana yang Allah aturkan,” katanya.

Tambahnya lagi, atlet muda itu yang berusia 24 tahun dan telah merangkul lima kali juara kebangsaan muay thai dan dua kali juara Kickboxing kebangsaan tidak menolak kemungkinan sekiranya terdapat peluang untuk menyertai One Championship selepas ini namun bukan dalam masa terdekat.

“Jika seru sampai, takdir memanggil, Ammarul akan pergi ke sana juga. Setakat ini, kita belum merancang ke sana (One Championship) lagi.

“Seperti saya kata, sekarang ini Ammarul dapat beberapa peluang dari beberapa promosi lain seperti MMA, Kickboxing dan beberapa lagi. Kita lihat bagaimana keadaannya nanti,” ujarnya pada sidang media di sebuah hotel, di Bukit Jalil, hari ini.

Ammarul tekad memburu kejayaan yang lebih gemilang dalam kariernya pada masa akan datang.

Ammarul baharu sahaja memenangi pertarungan Byon Madness di Indoneia baru-baru ini selepas mencipta kejutan menewaskan lawan dari tuan rumah, Laka Sasongko menerusi ‘Technical Knockout’ (TKO).

Justeru, dia ingin meneruskan momentum kemenangan itu pada Kejohanan Muay Thai Piala TYT 2025 apabila akan turun menentang lawan dari England, Corey Duffy di Kuching Waterfront, Sarawak, pada 3 Mei ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BS Fitness Nutrition, Raja Lokman Bin Raja Ahmad melihat kejayaan Ammarul diperingkat antarabangsa akan menaikkan imej Malaysia secara amnya dan khususnya buat kami selaku penaja.

“Sebenarnya kita dari awal (tiga tahun)  fokus kepada sukan muay thai walaupuan kita juga memberi tumpuan kepada sukan bina badan dan ini adalah penajaan pertama kali buat sukan muay thai.

“Sudah pastinya kami mengharapkan kejayaan yang lebih cemerlang buat Ammarul dan BS Fitness Nutrition akan berdiri teguh mengembangkan kariernya diperingkat lebih tinggi,” katanya.

Selaku penaja, BS Fitness Nutrition yang merupakan produk protein telah memberikan sumbangan RM10,000 kepada Ammarul diatas kejayaan merangkul gelaran kejuaraan  Byon Madness di Indoneia baru-baru ini

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading