Futsal Terkini

Skuad Futsal dan Bola Sepak pantai FAM mulakan langkah lebih awal

Mencetuskan idea-idea menarik untuk dibangunkan di peringkat kementerian dan juga Jawatankuasa

JAWATANKUASA Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengorak langkah lebih awal apabila mengadakan perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh di Menara Kementerian Belia dan Sukan.

Perjumpaan ini antara lain bagi membincangkan perkembangan dan pembangunan sukan futsal di Malaysia kerana umum tahu sukan ini mempunyai peminat yang begitu ramai di peringkat akar umbi.

Delegasi FAM diketuai oleh Datuk Seri Rosmadi Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM dan ahli jawatankuasa.

Hadir sama dalam perjumpaan berkenaan adalah Presiden pasukan futsal Pahang Rangers, Tengku Fahad Mua’adzam Shah yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai FAM.

Semoga perjumpaan ini dapat mencetuskan idea-idea menarik untuk dibangunkan di peringkat kementerian dan juga Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM agar sukan futsal di Malaysia terus berkembang.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading