Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Jualan tiket Man United menentang ASEAN All Stars dijual mulai hari ini.

Peminat dijangka hadir dari segenap negara serantau antaranya Indonesia, Thailand, Singapura, dan Vietnam

JUALAN tiket bagi menyaksikan pertembungan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United menentang ASEAN All-Stars mula dibuka hari ini pada jam 11 pagi secara eksklusif di www.myticketempire.com

Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal memandangkan permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara.

Selepas 16 tahun, Manchester United kini kembali ke Malaysia dengan meletakkan skuad utama sebagai taruhan bagi perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan ASEAN All-Stars yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei 2025.

Perlawanan istimewa ini bukan sekadar pertarungan bola sepak, sebaliknya ia merupakan simbol penyatuan penyokong setia dari seluruh Asia Tenggara.

Peminat dijangka hadir dari segenap negara serantau antaranya Indonesia, Thailand, Singapura, dan Vietnam sekaligus menjadikan acara ini sebagai satu lagi bukti Malaysia sebagai hab bola sepak utama di rantau ini.

Dianjurkan dengan kerjasama rakan serantau serta pihak berkuasa tempatan, acara ini dijangka memberikan impak positif kepada industri pelancongan dan hospitali negara.

Ia bakal memacu ekonomi tempatan serta pada masa sama mempamerkan kemampuan Kuala Lumpur menganjurkan acara antarabangsa bertaraf dunia.

Ini adalah detik terbaik buat Malaysia, maka jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan kehebatan Manchester United secara langsung di Bukit Jalil. Jadilah sebahagian daripada detik bersejarah ini — dapatkan tiket anda dan ayuh ciptakan kenangan yang tidak akan dilupakan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading