Bola Sepak Terkini

Piala Supermokh 2024 : Kelab Thailand, Pattaya United nafikan hasrat JDT Academy

Dua gol pada babak pertama dijaringkan Supakorn Hancai dan Wuttiphat Juimuangri memastikan pertembungan final berdepan NFDP A, petang esok.

 

KELAB dari Thailand, Pattaya United melakar kejutan melangkah ke pentas final kategori bawah 12 (B-12) tahun Piala Supermokh 2024 selepas menewaskan JDT Academy, 2-1.

Dua gol pada babak pertama dijaringkan Supakorn Hancai dan Wuttiphat Juimuangri memastikan pertembungan final berdepan NFDP A, petang esok.

Turun berdepan JDT Academy yang merupakan pasukan pilihan, Pattaya United mempamerkan aksi kemas dengan hantaran pendek dan serangan melalui sayap.

Supakorn Hancai meletakkan Pattaya United didepan seawal minit 20 menerusi rembatan yang terus menerjah gawang JDT Academy.

Berselang sembilan minit kemudian, giliran pemain cilik dan lincah, Wuttiphat Juimuangri menggandakan kelebihan buat pasukan dengan gol kedua.

Memasuki babak kedua, corak permainan berbeza ditampilkan JDT Academy dan berjaya memperolehi gol menerusi Daryen Qafil Joraimi pada minit ke 40.

Walaupun JDT Academy cuba memburu gol penyamaan untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti namun keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, NFDP A menewaskan NFDP B, 3-1 dan akan menentang Pattaya United dipentas akhir.

Manakala JDT Academy akan menentang NFDP B bagi penentuan tempat ketiga dan keempat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading