
JODOH Nidzam Jamil bersama Selangor FC akhirnya terlerai selepas meletakkan jawatan selaku pengendali Selangor FC.
Perkhabaran ini dimaklumkan Selangor FC menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.
“Selangor FC mengumumkan bahawa Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil telah meletakkan jawatannya, berkuatkuasa serta-merta.
“Beliau telah memohon untuk mengundur diri dari mengemudi pasukan utama Selangor FC dan pihak kelab menghormati keputusan beliau.
Selangor bagaimanapun mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa yang disumbangkan oleh Nidzam sepanjang bersama pasukan.

“Kelab ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Nidzam Jamil atas sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.
“Di bawah bimbingan beliau sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama, Selangor FC kini sedang berada di antara kelompok teratas liga, muncul naib juara Piala FA musim ini, serta menduduki tempat teratas Kumpulan H untuk saingan AFC Champions League Two.
“Beliau banyak memupuk semangat kompetitif dalam kalangan pemain dan kepimpinan belia memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi pasukan sehingga kini,” ujar kenyataan tersebut.
.








Add Comment