Lain-Lain

Semarakkan kembali silat peringkat kebangsaan


ALOR SETAR – Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) bersama Pesaka Kedah dan Pertubuhan Silat Pusaka Gayong Malaysia akan menganjurkan Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa 2024 Piala Dato Zuraidi Rahim, Harimau Chula Sakti di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini.

Penaung Pesaka Kedah yang juga penganjur kejohanan, Zuraidi berkata, hampir 2,000 keluarga sukan silat tempatan dan antarabangsa akan berkampung di Kedah bagi menyertai Kejuaraan tersebut.

Menurutnya, pertandingan yang bermula 31 Oktober sehingga 4 November itu adalah salah satu usaha untuk menyemarakan penganjuran sukan silat di peringkat kebangsaan agar kembali rancak.

“Bagi edisi pertama ini akan menyaksikan empat kategori bakal dipertandingkan iaitu silat tanding terbuka dewasa, tanding remaja, tanding individu dan silat seni berkumpulan.

“Kejohanan kali ini juga akan membabitkan pembabitan pesilat pesilat bermula dari usia 5 dan 6 tahun selain beberapa negara Asean,” katanya.

Menurutnya, pesaka juga memerlukan sokongan semua dalam usaha memastikan penganjuran sukan warisan ini terus kekal relevan.

“yang penting, program ini bakal melahirkan atlit pelapis akar umbi dan remaja menuju persiapan pasukan silat negara dan negeri juga menjelang sukma 2026,”ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading