
TONGGAK utama Harimau Malaya, Faisal Halim kini semakin bersemangat untuk kembali skuad kebangsaan selepas mengadakan perjumaan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.
Faisal atau lebih mesra dengan panggilan Mickey menjelaskan dia cukup terharu dengan keprihatinan Hamidin dan FAM yang sentais menjaga kebajikan para pemain Harimau Malaya.
“Besar maknanya sumbangan yang saya terima ini kerana ia menjadikan saya lebih bermotivasi dan bersemangat untuk kembali pulih dan dapat beraksi semula bersama skuad Harimau Malaya.
“Saya juga berkesempatan bertemu barisan jurulatih dan rakan-rakan sepasukan sebelum mereka memulakan seisi fatihan petang semalam.
“Sudah tentu rasa tak sabar untuk kembali bersama mereka selepas ini,” jelasnya dipetik menerusi Facebook miliknya, sebentar tadi.
Pada pertemuan tersebut, Hamidin menyerahkan sumbangan kepada Faisal sebelum bertemu rakan-rakan sepasukan yang ketika ini menyerna kem latihan skuad kebangsaan menjelang aksi Pestabola Merdeka 2024.
Tambah Mickey lagi, dia turut menghamburkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan media yang sentiasa setia membuat liputan mengenai perkembangan dirinya dan juga pasukan Harimau Malaya.






Add Comment